Listening to: OST American Beauty
Thinking of: How in the world did I ever write essays in Malay

Bagaikan bicara untuk hati sendiri... Sentiasa aku merasakan bahawa kehidupan menjadi beban, aku merasakan keperluan untuk menyembunyikan diri dari setiap corak alam. Lantas aku patahkan apa saja pucuk yang mahu tumbuh, juga aku tepis dengan tanganku kumbang yang terbang mendekatiku.

Namun begitu, kehidupan bukan setakat menyembunyi... Hati ini, bagaikan rindu... bagaikan apa yang dicuba tidak mencukupi untuk mencapai tingkat yang terakhir. Sesungguhnya aku mahu mencapai dan menyambut tangan mereka yang paling dekat kepadaku. Namun bagi seketika, aku teringin melarikan diri and tidak menyambut segala seruan. Akhirnay, hanya suara seorang sahaja yang ku ingin dengar.

Segala yang diperlukan, sudah diberi... Namun, segala yang dimimpikan, menjelang hari menghilang.

Comments

Popular Posts